Monday, November 16, 2009

aku admitted!

salam,

nak tau,la ni aku tengah posting dari bilik no 7, hospital razif. actually aku dah 2 kali diinduce. 1st mlm tadi, 16hb november pukul 9.30pm. tapi since doktor razif kata rahim masih tebal, then baru bukak 1.5cm tu yang dia induce kali kedua pukul 7.50am ni.

contaction tu aku rasa dah ada kot, rasa senggugut la ni pun tengah sakit tapi aku maleh nak layan. tu yang layan nak posting experience aku nak beranak kali ke 3 nih! ni pun anak dara aku si balqis dan syira ada kat sebelah ni ha. takmo balik dari malam tadi, nak jaga mama katanya.

si partner-in-crime aku encik ihan pulak tengah tidur. memandangkan malam tadi tak boleh nak lena, ye lah, nak jagi si anak-anak dara dia lagi.

anyway, memang dah tak sabar dah rasanya nak bersalin ni. doakan semoga aku selamat bersalin dan babyku pun selamat dan sempurna hendaknya. amin....

17hb november 2009
pagi selasa 10.53am

Monday, November 9, 2009

Balqis No 1 Melukis dan Mewarna, Dik Syira Tensen!

Ahad 8hb tu, anak-anak aku jadi wakil Tadika Pasti Al-Amanah untuk join peraduan mewarna dan melukis. Pertandingan tu diadakan di Dewan Hamzah Klang, sempena ada sambutan apa ek, lupa lak pulak aku. Tapi berkisar tentang pendidikan, siap jemput tetamu kehormat Menteri Besar kita, Tan Sri Khalid tu.

Okay, berbalik pada tajuk kat atas tu. Aku sangkakan ada kategori 5 dan 6 tahun. Rupanya takde kategori, depa just join gitu-gitu. Maknanya chances utk si adik menang memang la tipis. Yelah, dah la grand prize 1-3. Yang saguhati pun cuma 10. Yang join pulak punyalah ramai. Aku agak daekat 80-90 bebudak kot? entah tak mengira pulak aku. Yang pastinya, ni antara sekolah tadika Pasti kat daerah klang.

So, bila result tak sangka pulak si kakak dapat no 1 prizes, 2nd, si balqis syuhada kawan sePasti dia dan yang ke 3 pun kawan sekelas dia gak, si salwa wahida. Dalam hati, wah..hebat gak budak-budak ni. Boleh beat pelajar-pelajar lain even dlm mewarna kan. So bila dah umum yg itu, time saguhati tertunggu gak nama si syira mana tahu dapat ke. Tapi nak wat camna takde rezeki. Tapi sudah aku jangka, budak 5 tahun nak beat yg 6 tahun lain susah sikit tak?

Then bila time melukis pulak, bebudak ni dibagi 2 tema. Tema pertama, either lukis buah-buahan or keluarga saya. Aku tengok semua bebudak lukis buah kecuali anak aku si balqis dia sorang je lukis pasal keluarga. Dalam hati, ehem... okay gak tu, ada kelebihan sikit sbb amik risiko wat lain dari member. End up, si kakak menang lagi.. Sebab juri kata, lukisan dia cantik dan dia sorang amik topik ni. Si syira pulak, tak dapat even saguhati. Yelah budak 5 tahun lukis pun tak berapa pandai lagi tak?

My partner-in-crime pulak kata "habislah... abg ingat elok kalau dua-dua tak dapat hadiah....karang sorang kecik ati" ha..memang betul la telahan encik suami aku tuh! Si syira, balik dari makan pizza, terus meroyan, dia leh kata..."mama belikan adik hadiah, adik nak hadiah cam kakak" aku sabar je dengar. Aku cakap "mama bukan penganjur program tu, dah adat dik, kalah menang..bla..bla" ala..budak kecik 5 tahun apa dia faham kan? huhuhu

last-last, balik dari Jusco tu si syira nak suh hantar umah mak mertua aku. Yelah agaknya nak 'release tension'. Si kakak pulak, tak mo dia kata letih, nak tidur. Jadinya kitorg hantarlah si adik kat umah neneknya ala..dekat gak ngan umah aku...sekampung katakan. Kat umah neneknya pun bukan apa, ramai sepupu sepapat dia kat sana. Tu nak main sokmo la tu.

Itupun sampai malam mintak belikan pencil box (si kakak dapat hadiah barbie doll utk mewarna, melukis pulak dapat pencil box + statioenary items)masalahnya lagi 2 minggu nak cuti sekolah dah... ehmm...bukan tak pernah beli, rasa sebulan sekali if tak beli pencil ka, eraser ka, pencil color ka, memang tak sah. Nasib baik beg dia dah tak mintak sangat. Dulu tak sampai 3 bulan sekolah, dah ada 3 beg ...la ni berlambak dah beg-beg sekolah si syira tu...bebudak macam-macam kerenah kan...

Sunday, November 8, 2009

Zara Audra Qistina

Salam...

Siapakah Zara Audra Qistina? jeng..jeng..jeng... nama sikit punya mat saleh kan...betul..mmg dia ni seorang berdarah kacukan.. malay-javanese...campuran gak kan...heheheh.

Okay, biar aku perkenalkan empunya nama ni. Aku pun main taip je nama dia..tak tau betul ke tak ejaan dia.. actually even nama panjang kitorg panggil dia simple je Zara. Si comel ni actually baru je lahir ke dunia ni pada hari khamis lepas, 5 november 2009 bersamaan 17 Zulkaedah 1430 hijrah pukul 1.35 pagi tak silap.

Si cantik zara ni adalah anak kedua satu-satunya adik aku, si ely. Muka dia memang bulat, tembam, tangan berketul dan satu lagi...putih melepak! mungkin ikut baka mama n papa dia, mmg masing-masing berkulit cerah. Satu lagi istimewa si Zara ni, bulu roma dia lebat, ala-ala anak hindustan. Kening n mata dia gelap, lain dari muka abang dia si Mikhail tu. Si abang dulu time lahir sebijik cam anak orang cina. Yang si adik ni pulak nampak macam ala-ala hindustan. Memang comel giler!!!

Aku actually nak upload gambar dia ni..tapi cam takleh pulak. Sabar je la.. insyaallah esok lusa if blog ni dah leh accept photo, aku upload la ek...

till then...jumpa lagi...maybe next posting aku post pasal cahayamata ku pulak.. :)

Monday, November 2, 2009

Kisah aku dan geng

Salam,

Kali ni aku nak posting pasai GENG. yelah, ingat upin ipin je leh wat citer pasai geng ke? aku pun leh wat, cuma aku art n design memang out! aku setakat merapu cenggini, bagi idea (but execution org lain..hik hik) aku memang bagus. hahahaha.

Okey, berbalik citer pasai geng ni. Aku nak list nama-nama member yang bertahta di hati ku...list makwe-makwe sahaja ye! pakwe-pakwe, sedekad lalu bolela... (syh...jgn cakap ngan encik suami tau!..)

Tapi before that, ni geng yang currently available ek! if ada sesapa tertinggal, jangan mare... aku hanya insan biasa...cewah!

1st list - geng opis
1. Shima - aku pangkat kakak pada dia ni, tapi even dia younger than me, dia punya tahap kematured'an melebihi aku. Seorang yang pendiam, tapi kalau dia rapat ngan kita, macam-macam perkara dan rahsia dia kongsi bersama aku. tapi sejak dia kahwin, ikut hubby ke johor, hanya emel dan telefon pengikat silaturrahim. Waaa...akak rindu shimaaaa... (dia ni pun peknen sama ngan aku, dia due 6 nov ni...cam janji je kan...)



2. Kak Roslina - akak ni memang best. Dahla nama macam mak aku, tapi bab gossip bab masak-memasak dia lah guru aku, selain mak aku la... kepala dia pun leh ngam aku, walau perbezaan usia kitorg 7 tahun tapi best layan. Akak ni pandai masak tau!, sedap dia masak masa wat open house time raya ari tu.

3. Siti Amalina - ha...adik ni aku kenai time keje kat Naza Motor dulu. Dia ni pun memang best, gaya budak-budak baik tau! Aku rapat dengan dia sebab dia sorang je 'sejiwa' dan 'sekarektor' cam aku. Bukan apa, taulah keje kat area PJ nun, yang berambut blonde, yang smoking (girl), yang seksi berlambak kat sini. Tu belum yang kaki disko ..nauzubillah...takde la aku kata baik, cuma aku ni kurang jahat kot. Tu yang takleh nak masuk tu. Si siti ni sorang je jenis yang aku leh masuk. Tu yang kitorg baik sampai la ni even aku dah bertukar tempat keje.

2nd list - Geng dolu-kini-selamanya
1. Habsah - aku panggil dia EJ. Nama glamor dia la sempena amik dari watak citer mat despatch tak silap aku la. Tapi nama nickname sebetulnya lagi panjang beb! Aku suka kawan n gaduh ngan dia dalam masa yang sama. heheheh. Aku rasa antara ramai geng aku dia sorang ni la yang paling alim. Paling sempurna menutup aurat, ha...dia lah. Solat memang tak tinggal. Kalau aku lambat, dialah yang sound aku dulu. Kalau aku pakai lengan pendek, ha...keluarlah ayat-ayat power dia. Tapi sebetulnya ayat menginsafkan aku la. Tapi walau gitu, dia leh ngam ngan aku sebab walau dia ni alim, ada satu bab dia ni lebih sudu dari kuah, maknanya lebih dari aku la...yg tak berapa alim ni... bab HIBURAN, memang dia sempoi!



2. Yanty - Dia ni orang panggil kechik, achik tapi memang kecik pun. Aku pun kadang terjeles tengok kekecikan dia. Tapi nak wat camna, baka dah besar kan. takper, nanti sok lusa aku kecikkan apa yang patut ek. Oops, citer pasai yanty ni, dia ni memang geng dari sekolah rendah...fuyooo lama tak? dulu memang rapat gilersss la kitorang. Sampai ada org kata kitorg kembar la, muka seiras la. Dulu la. La ni kan aku dah lain, dah lagi comel (besar..huhuhuhu)Ha...dengan yanty ni bestnya, dia ni seorang yang kreatif. Ikutkan aku sukakan seseorang yang pandai art n design ni. Sebab bagi aku orang cenggini otaknya bergeliga, full of ideas. Dan sifat tu aku boleh nampak kat anak aku yang sulung si Balqis, dia penuh idea. Lukisan pun cantik tak padan usianya baru 6 tahun. Eh ni citer Balqis ke yanty ni...hahahah.



3. Dahlia - Ha...ni darling aku. Kalau si yanty dari sekolah rendah, tak silap aku dengan si Dahlia ni lagi lama. Dari tadika you! Bayangkan umur aku dah 31 tahun, tapi tak lost contact ngan dia kan. Dahlia kawin pun aku jadik pengapit dia. tapi time aku kawin bukan dahlia pulak, aku mintak tolong yanty. Citer pasai dahlia ni, kalau berjumpa ngan dia, berborak mau 2-3 jam non stop. Mungkin sebab background life aku dan dia lebih kurang sama. Yelah dia dah beranak 3, aku pulak nak masuk 3. Jadinya, tahap kematured'an dan topik lebih kurang sama la. Topik citer pasai anak sekolah la, citer pasai kerenah anak la. Citer pasai baby la, sumer topik kesukaan aku...dia pun suka layan. Tu yang best borak ngan Dahlia tu, sehati sejiwa tau!

last but not least...
4. Kak Ayda - ha...antara ramai geng aku...dia ni sorang je yang ada pertalian dara ngan aku. oopps...darah..hahahaha. Yelah dia kawin ngan sepupu aku paling encem. Ha..kembang la kak ayda aku puji laki dia tu..hahahah. Aku anggap dia geng sebab dia la paling ngam, otak sekepala ngan aku gila-gila bukan gile ya, mulut laser tahap dewa 18 belum 19 lagi, then paling syok borak antara ramai sedare-mare aku la. Aku harap, kita boleh bersekutu sampai bila-bila ye kak ayda..amin. :)

Tapi tak lupa pada intan, jaja, yanz, taty, Atie, Reef dan juju. Jenuh aku nak describe sumer orang weh... anyway, thanks to all my friends. For let me being as your friend, share our happiness, sadness together. Semoga persahabatan antara kita semua terjalin ke akhir hayat...amin..

Thursday, October 29, 2009

Aku antu movies

Salam,

Wah..wah...berblog sakan aku sejak dua menjak ni.. Yelah sejak dah leh access blog ni.. hem..apalagi...pulun sakan la aku. Tapi sayang, friendster ke facebook ke masih kena blocked. menyampass tul. Nasib baik website selain tu, cam cimb, berita harian etc leh masuk...kalau tak mau meraung aku sensorang kat opis ni.

Kali ni aku saja nak masukkan entri pasai filem. Saja lagi sedekad if aku baca, musti aku tergelak. hahahaah..yela betapa topik camni pun aku leh post. hahaha..takper...aku nak gak merapu.

Okay, aku bagitahu ek kenapa aku suka tengok movie. Even kat umah pun, aku sanggup bayo astro lebih utk #hbo, star movie, and cinemax. tu tak masuk lagi astro box office. tetiap bulan menonong je aku bayo. ala..online kan monthly committment pun aku tak tahu berapa sebenrnya. Tapi aku selalu bayo RM100 terus. senang takde kurang cuma lebih ala..takpe astro tu dah sedekad aku bayo. Kalo kira RM100 x 10 tahun...fuh..banyak 'simpanan' aku ngan astro ni...huhuhu

Berbalik pada topik kat atas ni, ye, aku mmg antu filem. Dulu sebelum peknen (even time peknan ada gakla) bole katakan setiap sebulan sekali at least aku musti dating ngan partner-in-crime aku...tengok midnight kat TGV bukit Rajah tu. Tak kisahla filem apa, janji bukan citer melayu (partner-in-crime) aku pantang kalau aku book citer melayu. Takmo dia tengok, hampess tul kan, if aku teringin nak tengok aku bawak mak aku suh teman..biasa mak aku n anak-anak daraku la jadik mangsa tengok citer melayu..hahahah)

Tapi if tak tengok midnight pun, aku suka beli DVD pasar malam. murah beb, kualiti pun okay la..heheeh. If kitorang tak sempat tengok movie tu kat wayang la. Then, if tak cukup gak, aku tgk la kat saluran yg aku bayo tetiap bulan tuh. rugi woo bayo tak tengok.. tapi aku tengok pun waktu malam je la.. anak-anak dah tidur ..abru best sikit.. time tu mmg banyak citer hot aku tengok.

La ni aku nak listdown citer yang aku rasa best sangat aku tengok.
1. Twilight (masih mengungguli carta wat masa ni la..)
2. Pengembaraan geng (walaupun untuk bebudak, aku sbg mak budak suka pe siap beli DVD diulang-ulang..hahahah)
3. X-Men Origin: Wolverine + All X-Men's movies
4. Picture perfect (citer lama jennifer aniston aku tgk kat star movie tapi mmg touching gilerss)
5. 27 dresses
6. Transformers 1 and 2

lagi apa ek...tak ingat da...banyak sangat filem da...

Bisnes partner-in-crime yang ku cintai..






Gambar terkini Oktober 2010

Salam,

Kali ni aku saja nak mencoretkan bisnes partner-in-crime tu, encik ihan tercinta. Sementelaah si dia suh aku buatkan blog or website or seangkatan dengannya citer pasai bisnes dia.. tapi aku cakap kalau encik suami masukkan streamyx ke leh la gak aku wat kat umah,. Ni encik suami suruh buat masa opis..memang tak leh kot. Yelah nak dig info lagi.. nak wat layout dia lagi...ala...amik masa u. hehehe (tu sebenarnya alasan aku je... mmg cita-cita aku suh dia masukkan broadband kat umah...heheheh)

okay berbalik pasai bisnes encik suami ni, macam-macam bisnes dia pernah wat. Pernah gak bukak car wash, pernah wat proses ayam, bukak kedai runcit, gril. Tapi la ni encik suami buat bisnes khemah. Khemah piramid ada, gazebo ada. Selain tu gak, encik suami ada bela lembu dan kambing. Tak la banyak, dulu ada 50 ekor gak lembu tapi la ni tinggal 20 ekor je sebab jual time raya ari tu. Kambing makin bertambah ada la dekat 50 ekor. Kaya? tak jugak, cuma cukup makan je. Tapi kalau jual semua lembu n kambing one shot tu aku rasa bole kaya kejap kot? heheheh

Alhamdulillah...walau tak banyak mana, cukuplah untuk menyara aku n anak-anak daraku yang 2 orang tu. Ditambah aku pun jaga mak aku ...si adik pulak dari anak dara sampai la ni pun suka dok ngan aku... jadinya...ramai jugak encik suami kena nyara. Tapi alhamdulillah, rezeki tu tak pernah kurang. Mungkin berkat kami jaga orang tua kot? insyaallah...mudah-mudahan.
*ha..la ni adik da pindah umah tinggi ngan husband dia.. kurangla sikit tanggungan tapi boring siut dah tak riuh cam dulu..huhuhu

Ha...berbalik tentang bisnes encik suami aku ni. Sapa nak order khemah ke, nak beli kambing wat qiqah ke, ataupun nak pindah umah ..then nak lorry for transportation...ha...calling-calling la...toksah malu-malu... harga boleh dirunding... call encik ihan directly ya. No tepon 013-2081004.

Party si Upin & Ipin

Pada 25hb Oktober yang lepas, anak-anak dara aku dapat jemputan ke party si Fathiah...ala...voice over utk karekter kartun upin ipin tu... dia ni dok kat flat proton, batu 4 nun. tapi time party dia wat kat umah neneknya kat sg kandis ni.

Aku kenal mak nya tak silap aku ex-SMAH sg berteh gak. Kak Linda namanya. Tapi segan aku nak datang. Jadinya anak-anak dara aku pergi ramai-ramai dengan sepupu diorang. Aku just tolong hantar depan umah.

Adalah beberapa keping gambar tapi takleh nak upload pulak. Pelik pulak aku. Nantilah aku upload if dah okay ek.

Ha..ari ni baru leh upload,

Adik syira bergamabr dengan hadiah yang dia nak beri pada si fathiah tu...

Anak-anak daraku bergambar dengan si Fathiah, voice over upin ipin..(aiii malu-malu kucing pulak si balqis dan syira ni...heheheh)


Okayla...ada karektor si upin ipin tu yg wat bebudak tu teruja sebenarnya....

Wednesday, October 28, 2009

Emakku sayang..

Kali ni aku saja nak mencoretkan keadaan mak aku yang tengah sakit kaki kala ni. Tak silap aku hampir 3 bulan lamanya mak aku sakit kaki... kebas belah kiri.. tapi sekarang ni mak tengah wat terapi kat Klinik Chua, Jalan Meru tu. Setiap hari dari pukul 10.30 ke 12 thgr.. partner-in-crime aku akan tolong hantar dan tolong ambik. Yelah, dah aku bekerja kan. Adik aku even tak keje pun tengah peknen so terpaksalah partner-in-crime tersayang aku menghantarnya.

Aku bukan apa, rasa lebih kurang 3k dah abis utk wat rawatan tu. Tapi masih sama je. Ubat dah beratus harganya. Kesian jugak aku tengok mak aku... kalau dulu dia aktif...cergas sentiasa. La ni berbaring je. Yelah doktor kata suh banyak berehat. Jalan pun cam payah. Cam berat je kaki tu. Tapi sebenarnya okay sikit dari dulu.

Memandangkan aku la ni pun dah 36 minggu, orang kata anytime leh deliver. Si adik pulak patutnya due 28hb semalam tapi takde tanda-tanda la pulak. maybe lagi 2,3 hari kot? Jadi maknanya kitorg dua beradik ni kenalah berpantang sendiri. Yelah dah mak tak sihat kan... camna la ek pantang sendiri... nenek aku pun offer nak dok sini kalau kitorg bersalin.. Kesian pulak if nak suh nenek tolong ..tapi aku tau..nenek aku kesian ngan anak dia...mak aku la...

tapi aku rasa, insyaallah pantang ni lepas 2 minggu kita dah kuat sikit ye tak? cuma larat tak larat je lah.... takpe... anak dara aku dua orang tu pun dah besar kan... maybe bole harap sikit kot... yelah sekarang ni baby lum keluar, maybe anak dara dua org tu nak manja. Yelah nak gi sekolah nak gak mama mandikan. Walhal mak aku kata, if aku takde pandai je budak dua orang tu mandi sendiri, makan sendiri. Biasalah, nak bermanja dah mama seharian kerja kan... Aku pun faham bebudak la katakan...bila lagi kita nak manjakan diorang kan?

Anyway, aku doakan semoga mak aku sembuh dari sakit kakinya. Jadi, bolehlah aku bawak dia jenjalan lagi setiap minggu. Ni sejak sakit, asyik dok umah kan...sian gak tapi nak wat camna..dah emak sendiri pun kata tak larat... takpe mak...mungkin ini lah dugaan kita anak beranak untuk tahun ni...redha je. Insyaallah... tahun depan menjanjikan kebahagiaan buat kita semua...amin....

Monday, October 26, 2009

Raya 2009

Salam,

Raya tahun ni cam biasa... 1st day of raya pagi session musti ke umah mertua dulu...then ptg lps zohor baru balik meru. Yelah mak aku pun dok bersama kan, senanglah sikit nak arrange... ptg session balik meru ziarah nenek... begitulah rutin kami sekeluarga bila raya. Mak aku pun tak kisah, janji kitorg balik meru petangnya.

Cam orang lain sure poning kan... siap buat perjanjian. Alhamdulillah..bagi aku takde isu...yelah dapat orang pun satu daerah..cuma yg tak syoknya...aku takde rasa suasana balik kampung la...tapi bagi aku... save gak tang tu kan... takpe..janji ku bahagia...hehehehe

Antara gamba sempat ku ambik sempena raya jadik makyong nih...

Pagi raya, bersalam then bergambar bersama mak tersayang dulu...barulah ke umah mertua

famili besar mertuaku... cucu nak masuk yang ke-15...baby ku la ni..

my only sis... with hubby iqbal, son mikhail and baby....

beraya dengan geng meru, kat umah baru taty yang unik dan tradisional.
Dari kiri aku, yanz, ej dan taty


Ha....ni pulak geng bas sekolah menengah aku... kitorg beraya utk kesekian kalinya...minggu ke4 raya tu...hhehehehe
dari kiri...aku, yanty, jaja n intan....

So berjumpa lagi untuk next raya... thn depan...beraya dengan baby baru.... bestnya...

36 minggu!

Salam....

Lamanya tak berblog...yela..ofis blocked... nak tunggu umah aku masuk streamyx or seangkatan dengannya..tak tahu lagilah tahun bila...huhuhu

Alhamdulillah...aku dah 36 minggu..source https://www.fortunebaby.com/due-date-calculator.html

You are 36 weeks and 0 days pregnant
Only 4 weeks and 0 days left until your baby is born
You are at your 3rd trimester
238 days have passed from your LMP and 28 days are left until your due date (11/23/09)
89% of your pregnancy is completed

berdebar-debar...takut...sumer ada.... yelah...dah 5 tahun tak meneran nak beranak... Ya Allah..semoga aku dan kandunganku selamat dan mudahkanlah aku bersalin...amin...

Aku juga suka mengingatkan diriku agar selalu menitipkan doa surah nabi yunus... insyaallah Allah akan permudahkan untuk segala urusan...

Doa Nabi Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun..." LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"(Surah Anbiyak)

Insyaallah...

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Lahir Syira! Selamat Hari Ibu Emak!

Salam...

Mama ucapkan selamat hari lahir yang ke 5 tahun buat adik Syira pada 11hb Mei 2009. Semoga adik sentiasa dilimpahi rahmat olehNYA, menjadi pelajar cemerlang dan anak yang solehah, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki AMIN. 23hb Mei ni pulak birthday kakak Balqis pulak. Mama juga mendoakan yang terbaik buatmu kakak...Semoga kakak juga sentiasa dilimpahi rahmat olehNYA, menjadi pelajar cemerlang dan anak yang solehah, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. AMIN.

Untuk mak yang dikasihi...selamat hari ibu, emak. Jasamu membesarkanku dan adik eli amat kami hargai selalu. Kaulah ibu, kaulah abah...sabar dan tenangmu dalam mendidikku telah menjadikanku seorang 'orang'. Harapanku semoga mak panjang umur, diberikan kesihatan, dilimpahi rahmatNYA agar dapat ku membalas segala jasamu selama ini. Walau sebesar mana jasaku...aku takkan sama dengan segala pengorbanan dan perit mak selama ini. Hanya DIA yang dapat membalas segala-galaNYA. AMIN.

Tuesday, May 5, 2009

Tembam, berisi, comel?

Salam...

Lama dah rasanya tak berblog. Yela bzs la ngan keje. Keje makin berlambak..makin increase % nye.....tapi gaji 5% jer...huhuhu...nasib la badan ye tak..

Kali ni aku just nak merapu...topik ni sensitif sikit...lagi-lagi org pompuan... tembam, berisi, comel tu kan...a.k.a tu gemuk ye tak.... mana tak sensitif...perkara yang cenggini...org pompuan lain mmg suka cakap kat pompuan lain...ayat biasa diaorg guna..."eh eh...tembamnya ko sekarang ni..." "uihh...makin berisi nampaknya.." dan seumpama dengannya.

Yela, sapa tak mo kurus...kan org selalu umpamakan...kurus tu cantik, menarik..."ehem...cantik ker??" kalau badan dah macam ala-ala bini popeye...cantik ker tuuu...heheheh... kalu yg besar...tak cun...tak cantik...aha betul...tapi kalau rumah besar...keter besar...tak pulak kata tak menarik kan..kan...

aku saja je nak cakap topik ni...rimas la...tapi mmg kuakui...tiap kali mengandung...aku for sure...badan naik...segala serbi naik... nak wat camna...aku selalu kata..."berkat kasih sayang.." "berkat anak dlm perut.." kadang malas nak layan...aku pun pelik...orang sibuk tanya ketembaman aku...tapi langsung tak tanya bila due? macamana baby...yela takut if tanya...kena bagi hadiah....tak gitu?

pada aku kan...orang-orang cenggini off topic... so...sepanjang pregnancy ni mmg aku maleh nak layan benda cenggini...penat nak explain.... dah dikurniakan bentuk cenggini...terima je la...

satu lagi aku wonder...kalaulah aku ni kembali anggun cam dulu-dulu....agak-agak ada tak orang akan cakap.."wah....cantiknya ...kurusnya kau sekarang ni..." ehm....aku rasa takde nye....kalau ada pun...mungkin tak sincere...or mungkin partner-in-crime aku je yg akan kata seikhlasnya...

so conclusion... orang lebih gemar mengeji...dari memuji.... orang lebih suka mengata orang tapi takmo tengok diri sendiri...bak kata Nabil.." LU PIKIRLAH SENDIRI..."

Nota: ha...kan dah kata....citer kali ni merapu...actually luahan peraSAAN aku je... bagi aku...bersyukurlah dengan apa yang ada...muhasabah diri...biar orang buat kita...jangan kita buat orang...mmg itu pegangan aku dari dulu.....

chiow

Tuesday, April 21, 2009

Malasnya aku nak 'bawak' kete

Hari ni Selasa...21hb April 2009 bersamaan 25 R'Akhir..Pagi-pagi subuh hujan dah renyai-renyai...adus...tang ni la aku 'fail'...hujan time lain takpe...jangan waktu subuh...mmg rasa liat jer nak bangun....tapi ku gagahkan jua...itupun terkulat-kulat gaks...

Tengok si syira..."ehmm..panas lagi badan budak ni...takperla dik..adik cuti lagi ye arini..." si kakak pulak takde sakit apa...papa dia malas nak hantar gi Pasti "boleh ka camtu...?" aku pulak..."ehem...takperla kak...tidur je la.. ma gi keje ye" takpela...sekali-sekala cuti...lagipun lum exam...(ala kita org tua pun selalu ponteng gak kan...heheh) nasib baik mak aku ada...bole tlg tengok-tengok anak aku...so even diorg tak sihat...tapi aku tahu nenek dia for sure 'jaga'...yela...dah aku ni ibu bekerjaya kan... kenalah jalankan tugas...bak kata dialog citer P.Ramlee "selagi belum tutup mata...keje..keje..keje...

so pagi tu...mmg malas tahap dewa gak nak gi keje...jam dah kul 7.40am...ofis masuk kul 8am heheheh biasala tu aku punya timing mmg dlm kul 8.30 musti sampai opis...plg cepat pun kalo tak jem..then pecut sampai 130 ke.....8.15 sampaila....itu kalau aku kuar umah kul 8 la...

so nak jadikan citer...jalan kat kesas tu jem...adus...mmg sudah ku agak...yela...waktu ujan cenggini..ramaila yg berkereta... itu belum 'mabuk kapal laut' aku lagi...mmg pening kepala...pasang hotfm...aduss banyaknya iklan...pasang hitsfm...bingitnya lagu disko apa ni..alih era fm pulak...aduss...suara din beramboi ni lagi memualkan aku... masuk mix...iklan...last-last...aku tutup je radio tu...

then bila xde bunyik...barulah clear kepala aku yg tengah pusing ni... uish...mmg berat sungguh pengorbanan ibu mengandung ni ye....serba tak kena semuanya....tapi kali ni punya pregnancy mmg mencabar sungguh...

tapi sungguh....aku sejak setahun dua ni kan...mmg MALASSSS sesangat nak bawak kete...aku pun tak tau la napa....maksud aku drive la...kalau aku dok tepi ...partner in crime bawak tu...lainla...tu yg aku suka sangat...ada driver... yela...sementelaah dah sedekad aku asik 'bawak' keter je...rasa dah muak dah..... yela...adik masuk uitm...aku la tlg hantorkan..(pinjam keter tunang aku la apa lagi) 6 thn dia kat uitm...6 thn la aku jadik driver dia... then kalau mak nak gi kenduri kahwin...aku gak hantorkan...kalau mak nak gi wat show...aku gak antorkan...isk...ni bukan ungkit...cuma nak refresh....patutla aku dah boring bawak keter ni....idup aku mmg dlm keterrrrr je rupanya...isk..isk...

tu la...aku selalu usha si ihan..."ala bang...anto la bang...maleh la nak bawak keter ari ni..." dia hanto hanto...tapi karang..."kita naik moto la ye yang".... aku tak kisah tang tu....lagi best...merempit sesama....dah dulu time bujang tak puas merempit...hehehehe...

tapi ye la...perut dah makin membesor...takkan nak naik moto je tak? so nak tak nak...bawak le keter....bukan apa...si partner in crime aku ni...maleh nak facing jem kat hicom tu...tu belum kira duit tol lagi tu...minyak toksah cakap la...so aku pun paham...ekonomi kitorg ni pun turun naik gak kan...so terpaksa la...aku gagahkan diri drive gak....huhuhuhu....

so jadinya....aku pun pikir-pikir... apa solutions utk aku yg maleh nak bawak keter ni....
1. belaja bawak motor? isk...bahaya la wak...pompuan bawak moto...takat jln kat kg leh la...
2. em...ada tak keter kalau kita picit butang je...dia terus automatik jalan? hehehehe
3. tukar kaler keter...biar nampak lain
4. or tukar keter? heeheheheh...

yela...yg no 4 tu...cam menarik je... aku pun rasa cam nak tukau keter la...keter yg tinggi sikit...cam bosan la feel sedan tu... tula...kalau aku tukau kenari leh tak? cam downgrade pulak kan...tapi aku cam minat la keter tinggi camtu...kalau kat tol takyah hulur tangan panjang-panjang...hehehehe if nak tukau cam kapal selam kak ayda tu...ok gak kan...hehehe...nantila..aku cuba 'usha'kan kat partner in crime aku...aku tau dia leh bagi DP...karang aku bayo la bulan-bulan..heheheh

nanti aku sambung usaha aku utk usha partner in crime aku...to be continued...

Sunday, April 19, 2009

Pertandingan Meng'kaler'

Pada 12hb April lepas, anak-anakku masuk pertandingan meng'kaler' anjuran MPP, Kampung Sungai Kandis. Si adik, Syira kemain lagi berkobar-kobar tunggu hari pertandingan. Sementelaah masa balik sekolah, hari jumaat tu, tak abis-abis asyik citer ngan aku dan papanya.."nanti adik masuk pertandingan mengkaler, 7 orang je cikgu pilih termasuk adik"....hehehe bebudak la katakan..so rasa seronok la sebab terpilih...(even utk pertandingan mewarna pun, oklah..kira oklah tu tak) . Yang si kakak, Balqis dia tak teruja sangat cam si adik...mungkin sebab dia dah selalu join (cam tahun lepas, dia antara 2 pelajar terbaik Pasti Al Amanah..cuma time beat utk daerah, kakak kalah 2 mata dari si Eva)... lagipun dia dah 6 tahun... matang sikit kot..hehehe



ok beralih pada citer pertandingan mengaler ni, aku sbg mama of courselah...mestila hantar dan beri sokongan...walaupun pada setengah orang.."elehhh..pertandingan mewarna je..." bagi aku ...apa-apa pertandingan pun...bersukan ker...insyaallah aku akan berikan sokongan yang padu...pada aku sokongan moral ibu dan bapa sebenarnya pencetus semangat utk bebudak ni...walaupun utk benda kecik camni...cewah!

Sebelum pertandingan tu, aku ada cakap gak kat anak-anak aku...kaler biar habis...kaler terang-terang tau! aku pun teruja gak, ...ekele..walau pun kat dlm kg pun..bagi aku okla...utk permulaan...hehheh.


Si Syira tengah khusyuk mengaler sambil dijeling dgn si Nabil.

Si kakak, Balqis bersebelahan dengan si Eva (si Eva ni lah pelajar terbaik 5 tahun Pasti Al-Amanah tahun 2008 - Balqis kurang 2 mata je dari dia)


Sepupu-sepapat pun datang bagi sokongan lagik ..dari kiri Nana, Balqis, Syira, Farah, Bella dan Ira.

Balqis dan hasil kalernya...


Syira dan hasil kalernya...

Ended up....aku pun tak sangka yang keduanya menang 1st prize!... maknanya wakil sekolah Pasti Al-Amanah Johan Kategori 5 tahun dan 6 tahun la...mengalahkan sekolah tadika Kemas dan Lain-lain...Alhamdulillah....


Bergambar depan Dewan Orang Ramai Kg Sungai Kandis bersama si Kaseh.Kakak dapat 1st prize, Tahniah Kak!

Si Adik pun 1st prize gak, Alhamdulillah..tahniah dik!


Nilah dia dalam hamper tu...
Kesimpulannya, alhamdulillah....walaupun cuma pertandingan mewarna, aku tahu anak-anakku merasa seronok. Yelah dapat tempat pertama, hadiah besar pulak tu...ala tin biskut tu je yang besar. Tapi seronok per, dapat hadiah kan..kan... Jadi harapan aku...semoga dalam apa jua bidang yang anak-anak aku lakukan...samaada dalam pelajaran, kokurikulum.. insyaallah mama dan papa akan doakan selalu yang terbaik buatmu anakku... Doa mama dan papa senantiasa mengiringimu anak-anakku AMIN....
Nota: Mudah-mudahan blog ini dapat dijadikan keepsake oleh anakku pada masa hadapan sebagai panduan dan memori yang abadi selamanya...Insyaallah


Monday, April 6, 2009

Citer TWILIGHT..feeling sungguh












Salam...




Kali ni just nak citer...hari minggu tu...aku mmg mabuk teruk...dari pagi ke petang...asik muntah je...luckily hari tak keje...melepek kat umah... partner-in-crime pulak takde... bz manjang... anak sorang tu demam..si kakak...dengan kakak baring sokmo...so...nak dijadikan cite... adik iparku bawak balik citer Twilight.. starring by Robert Pattinson..kristen Steward..keseluruhan citer...if sesiapa suka tgk romantic or love stories...mmg berbaloi tgk DVD ni... mmg touching...romantik giler.. not so much into action (ni yg partner-in-crime) kata citer ni boring....yela...part gaduh tak banyak.. tapi part dating...romantic scene mmg banyak...teruja je tengok...teringat kenangan zaman sekolah dolu-dolu...hehehe...


Dahla si edward cullen (Robert Pattinson) tu character mmg 'mengujakan'...renungan matanya...menusuk ke kalbu...cewah!...hehehe...si bella (kristen steward) pulak..mmg cute abis...patutla si mamat vampire ni 'gile'kan dia...tapi kan..sesapa yg suka tengok citer cinta...beli DVD dia...mmg berbaloi...best sangat-sangat... member aku kata...ada 3 lagi sequel... 'new moon', 'eclipse' dan 'breaking dawn' dah macam citer Lord of the rings pulak...bersambung-sambung..


Ni ada beberapa pics dari filem tu...mmg best ..ni citer kedua best..lepas tgk citer GENG..pengembaraan Upin Ipin tetap no 1 filem! at the moment la...lum tgk 'Fast n furious 4 lagik.." coming soon...


Tuesday, March 31, 2009

Doaku dimakbulkan jua...Alhamdulillah


Salam...


Alhamdulillah...syukur kehadrat ilahi...hari ni sudah 6 minggu 1 hari aku disahkan mengandung kali yang ke 3... yela si syira tu pun nak masuk 5 tahun bln 5 ni...si kakak...balqis pun nak masuk 6 tahun ...juga pada bulan 5 gak... aku ingatkan utk yg no 3 pun nak bulan 5 gak...jadi senang nak raikan birthday sekali...hehehehe.


Tapi walau macamanapun ...aku tetap bersyukur... ditakdirkan mengandung pada kala ini...if thn lepas...mmg pengsan la...sbb aku kena travel join karnival jom heboh...wat recruitment drive untuk program opis aku... so maknanya...tahun ni slow down sikit la outstation tu...


utk pregnancy kali ni...rasanya semua benda kena beli baru...sementelaah dah 5 tahun...baju-baju baby si kakak dan adik banyak aku dah bagi orang....kat biras.. kat jusco...sebab ku rasa baju-baju tu elok lagi... lagipun almari si balqis & syira tu dah penuh...tu yg tak tau nak simpan mana...ended up bagila kat orang...lagipun banyak yg pink kaler....


trimester 1 ni...utk kali ni aku rasa suffer sikit.... loya dgn pening senantiasa....muntah....pun extraordinary... x sama macam pregnancy dulu... kali ni pun aku cam alah bau orang memasak...if dolu dolu...aku alah bau sabun....isk...macam² peel ibu mengandung ni kan... husband aku kata...manja...heheheh...mmg pun...time ni la kita nak merengek manja ye idak?


Alhamdulillah...aku mengandung pun anak² yg dua orang tu dah besar...mereka berdua pun dah faham... kadang aku suruh si kakak dan adik...cakap² dgn baby...diorg pun dah tak mintak dukung lagi...yela...umur 5 & 6thn..masih mintak dukung!! manja...adik beradik dua orang je katakan...


So perjalanan masih jauh..jangkaan ku bersalin...bln november ni...23hb....so mudah-mudahan ku selamat bersalin...dianugerahkan anak yg sempurna sifatnya...soleh dan solehah...amin....


Thursday, March 26, 2009

First time wat BLOG!!!

Assalamualaikum...

Emm...excitednya...first time ada blog sendiri nih! hehhee..abis member sumer dah ada blog...jeles pulak if takde...
emm...nak citer apa ek...
ok...apa tujuan wat blog ni...aku rasa...
1. ni bole dikatakan sbg online diary la ni kan
2. nak tunjuk eksen kat orang (kite pun ada blog gak...eheheh)
3. nak syok sendiri...sapa lagi kalau bukan diri sendiri ..sendiri bikin..sendiri puas ati..
4. emm..mungkin bole gak dijadikan keep sake...utk masa akan datang...insyaallah...