Tuesday, May 24, 2011

Sayu Hatiku ... oh Suamiku Kekasihku!


saat indah bergelar isteri dan kekasih..semoga kau kekasihku awal dan akhir AMIN

Kejadian ni berlaku pada pagi jumaat, 20 Mei 2011, suami aku Mhd Zuraihan bin khatib tetiba rebah selepas selesai solat subuh. Aku sangkakan dia hanya sakit biasa, mungkin keletihan barangkali. Rupanya sangkaanku meleset, beliau benar-benar dalam kesakitan.

Jadi aku terus membawanya ke wad kecemasan hospital kerajaan, HBTAR Klang. Seawal pukul 8 aku bergegas memandu ke sana...hinggalah pukul 12 tengahari...pihak hospital dan doktor disana hanya memberinya suntikan pain killer. Hanya tuhan yang tahu betapa luluhnya hati aku melihat suami tercinta mengerang kesakitan. Ditambah pulak dengan muntah-muntah. Tetapi sakit beliau semakin teruk. Akhirnya hampir pukul 1 barulah doktor bertugas memberitahu, yang suami ku harus dimasukkan ke wad utk pemeriksaan lanjut.

"Ha?? .. masuk wad then? takde bawak scan ke hapa doktor?" pelbagai soalan aku tanya.. Tapi doktor bertugas hanya kata "begini..suami puan harus masuk wad dulu...scan esok..bla..bla..lagipun kat sini takde pakar batu karang..kena gi HKL..bla..bla" aku dengar terus aku cakap "kalau macam ni, takpe la doktor, saya bawak suami saya gi hospital lain"

Doktor tu takutkan aku "hospital mana awak nak bawak? situ ada pakar ke? bla..bla.." "takpe doktor, saya confirmkan ngan insurance dulu" Jadi tepat kul 1.30, aku bawak je suami aku keluar dari Hospital Klang, yelah 4 jam dia menderita..pain killer je dia bagi..at least scan la apa ke...


papa menahan sakit ..huhu tak pernah aku tengok mukanya menahan kesakitan macamtu

Jadi aku terus bergegas drive ke Pantai Klang...alhamdulillah...dalam masa sejam sakit suami aku beransur hilang..esoknya terus wat operation untuk keluarkan batu. Namun doktor tak dapat keluarkan. Sebab besarnya lebih dari 5mm. Jadi doktor masukkan tiub kedalam saluran kencing. Menurut doktor, tiub tu dapat membantu mengembangkan saluran kencing...


ni gambar tiub tu...

bersambung...(nak masak utk berbuka hehe)