Wednesday, January 27, 2010

Ting tong...

Ting tong kurasa kepala otakku ari ni... aku pun tak pasti kenapa...

tadi baru je ayu payroll datang...bagi payslip utk bln ni... cepat-cepat ku bukak payslip tu...walau sudah ku tahu... increment +-5% jek... (apa ko ingat dpt 6% ke...huh) gumbira? alhamdulillah.. sbb dapat gak gaji naik..walau tak sebanyak mana...

tapi jauh disudut hati... ku congak-congak... kalau gini la.. gaji aku naik...huh.sampai umur 40 tahun pun tak kayo-kayo.... huh..sherin...syukurlah ada gak gaji... dah gitu makan gaji... apo kita nak expect tak? "ok gakla...company ko bagi gak increment..co. aku..hampeh...2 thn sekali baru naik..." tu kata member aku larrr...

entahla...aku bukannya mata duitan..cuma ya aku akui aku mmg kaki shopping...camno nak shopping..gaji naik berapa rat je...huhuhu...

tiba-tiba aku terpikir..nak carik keje lain la... thn ni masuk 4 thn da aku kat SCA ni...bukan sbb aku boring bukan...sbb aku nak demand salary...leh ke? ada ke com. nak aku? umur dah 32 thn dah .... muka dah tak secun dulu da..(cun ke?)..hahahah...

tapi..bila pikir tang nak interview tu aku lomah... maleh la dah tua-tua gini nak gi interview.. tu la dulu takmo ngorat dato' kaya... musti leh dok umah kan..tak yah susah-susah keje... hehheh..sori pa..ma main-main je...

akhirnya... aku pikir lagi... "takpe la sherin.. ko keje je kat situ... mcm dialog citer p ramlee tu.. selagi lum tutup mata..keje-keje keje..." ..... speechless...

Wednesday, January 20, 2010

Tadika sikakak dan adik

Entry ni khas buat 2 puteriku...
(no hard feeling ya...this is for your own future my dear...)

Rasanya perlu untuk mama catat di blog mama ni. Tentang ujian periksa akhir tahun puteri-puteri mama ni. Yelah mama nak tengok progress kakak dan adik dari tahun ke tahun.

Si kakak mama tengok memang ada potensi untuk cemerlang. Insyaallah amin. Time tadika 5 tahun sem 1 and akhir tahun dia No 1. Bila Tadika 6 tahun, dia dah dimasukkan ke kelas 1 jadinya dia dapat no 2 sokmo. Sebab memamg ada sorang tu Eva Najiha memang budak tu pandai. Kakak kata dia dah sekolah dari 3 tahun mama. Dia pandai bahasa inggeris ma, kakak tak pandai. Aku cakap "Takpe kak, dah kita orang jowo kak, Nanti ma ajar akak ye".

Selain tu, Mama tengok dari kesungguhan kakak belajar, buat homework sedari tadika 5 tahun memang akak rajin untuk menyudahkan setiap homework. Even mama tengok tulisan kakak pun cantik. Dan mama tengok kakak seorang yang suka siapkan keje umah kat sekolah. Kakak citer ngan mama time tunggu giliran utk iqra' or akak dah abis ngaji akak akan buat keje umah tu. Then bila balik akak dah bole senang lenang. Akak pandai ambik masa. Tapi akak ada citer ngan mama suka cepat² buat kan? mama kata kat kakak "if cepat dan betul ok, tapi if cepat tapi byk silap camna kak?" mama selalu pesan, baca dulu soalan jangan terus buat. cuma kakak ni kurang pengemas sikit. Anak dara kena kemas tau kak! Dan kena rajin. Cam adik, memang ringan tulang, kakak..saja buat budek.

Pada si adik mama tengok tulisan adik pun cantik. Syabas mama ucapkan. Adik pun pandai mengaler macam kakak. berbanding kakak, si adik seorang pengemas sikit. cuma apa mama nak tekankan adik masa umur 6 tahun still merangkak lagi membaca. Macam kakak umur 6 thn dah lancar membaca. sementelaah masa umur 5 thn mama ajar suku kata kakak ikut. Tapi adik mama ajar suku kata, payah sangat nak ikut. even 2 suku kata, pun adik leh lupa, or tak tahu. Bukan mama nak bandingkan adik dan kakak. Cuma penerimaan adik semasa diajar membaca, amatlah payah. Sementelaah kakak mama ajar cepat je tangkap. Bukan adik tak pandai. Adik memang pandai, amin, periksa sem 1 adik no 2 tapi akhir tahun adik no 3. Apa halnya ni dik.

Bagi mama no mmg tak penting. Yang penting pemahaman kita tentang belaja. Mama tengok hampir keseluruhan subjek adik score 100%. Mama tengok adik faham soalan. Tapi apasal bila mama ajar membaca adik takmo? adik suka pandang muka pandang muka mama time baca. bukan muka mama ada perkataan tu dik. Kadang mama geram sangat dengan adik. Mama tengok adik ni kuat main kan. Yelah sepupu dia ramai sebaya dia. Bella, kasih. Main boleh dik, tapi belaja tu penting. Mama tengok adik suka sambil lewa kan bila kat umah. Tapi bila ma tanya cikgu tadika, dia kata adik baik, dengar cakap, bijak. Itulah ma pelik. If ma ajar nape susah sangat? ingat nak main je kan.

Harapan mama pada anak-anak mama, belajarlah bersungguh-sungguh sementelaah inilah waktunya. Itulah kewajipan yang anak-anak mama perlu lakukan demi untuk masa depan kakak dan adik. Tugas mama hanya memastikan yang anak-anak mama mendapat pendidikan yang sempurna. Insyaallah selagi DIA mengizinkan, mama dan papa akan sentiasa menyokong dari belakang demi masa depanmu. Suratan hidup mama, dulu ma tiada ayah, tiada sumber kewangan yang kukuh, ma terpaksa akur untuk tidak masuk ke IPTA, dan belajar secara part time. Ma hanya mampu mendapat segulung diploma, sementelaah papa korang dah gatal ajak kawin (sori pa..heeheh)

Jadinya, peluang belaja ni ma harap anak-anak mama yang akan dapatkan untuk mama. Ma dan pa akan beri peluang seluas-luasnya utk kakak, adik dan bb...dan ma dan pa cuma harapkan yang anak-anak mama tidak akan mensia-siakannya...bolehkan? insyaallah AMIN...

okeylah cukupla mama membebel.

Salam penuh kasih sayang,
mama

Monday, January 18, 2010

My 2nd Heroes...





Harris Aisy Putra...itulah nama Hero ke 2 ku... (my 1st hero...of course is my beloved husband..my partner in crime and my soul..en ihan)

Alhamdulillah...Allah memakbulkan doaku setelah aku mendapat dua orang puteri yang comel dan bijaksana 7 & 6 tahun yang lepas. Memang sedari kandungan 4 bulan doktor dah beritahu yang aku mengandungkan baby boy. Takut terlampau excited dan yakin, jadi aku cuma serahkan segalaNYA dan aku selalu mendoakan yang kandunganku sentiasa dilindungi, selamat dan sempurna sifatNYA.

Dan dengan IzinNYA lahirlah putera ku pada hari Rabu, 18hb November 2009 bersamaan 30 Zulkaedah 1430H tepat pukul 2.37 petang. Tatkala mata ini memandangnya buat pertama kali, jatuh airmataku betapa besarnya Nikmat tuhan. Dan ya, aku sudah berjaya memberikan suamiku 'hadiah' terbaik sepanjang 9 tahun kami melayari bahtera perkahwinan (cewah!).

Sekarang ni, Harris dah berusia 2 bulan 3 hari dah pandai senyum dan ketawa bila diagah. Paling suka diajak borak. Yang paling suka layan siapa lagi kalau bukan papanya. Kakak-kakaknya pulak suka cium dan memang sayang pada baby. Betullah orang kata, eloknya ada anak perempuan sulung, sebab memang dia akan sayang pada adik-adiknya. Jika yang sulung lelaki bukan tak sayang cuma lelaki kan kurang tunjukkan kasih sayang kan...lagi dikacau adiknya betul tak?..

Walau macamanapun, lelaki atau perempuan semua itu anugerah tuhan yang paling berharga. Tiada nikmat lain yang dapat menandinginya jika kita sudah berkahwin. Aku sungguh bersyukur walau aku belum diberikan rezeki dan menunggu selama setahun 5 bulan untuk mengandung. Bagi aku semua tu ada hikmahNYA. Dan sekarang aku sangat bahagia bila dikurniakan 2 puteri dan seorang putera yang sihat dan sempurna.

Member opisku tanya, "lepas ni tutup kedai la sherin, dah dapat boy". Aku cakap, "insyaallah, ada rezeki aku nak sorang lagi, kalau boleh kawan si Harris." ...aku tersenyum dan dalam hati ku mengaminkannya...

Sunday, January 17, 2010

Hari ni start keje

Pejam celik pejam celik, dah 2 bulan aku bercuti. Ari ni, 18hb aku da start keje balik...macam² perasaan aku sepanjang cuti bersalin tu. Seronok dapat baby, letih pun ada gak. Yelah sementelaah mak aku tgh tak sihat, sbb sakit tulang belakang.

Jadinya, masa pantang memang kena jaga diri sendiri. Perihal anak nak mandi, nak susu, nak tidur semua ku buat sendiri. Tak macam bersalinkan yang dulu. Bak puteri, mak aku dan nenek aku tolong jaga aku, 44 hari tu. Siap sediakan tilam suh baring je, berehat tak kasi wat keje langsung. La ni siap wat keje umah cam biasa, menyapu, masak tapi aku masak lauk aku je la. Lauk utk mak n anak-anak suami aku beli.

Tapi tu dulu, time mak sihat. Aku pun sedih gak dgn keadaan mak aku. Tapi takpe tu sume ada hikmahnya. Mak aku pun selama ni dah banyak buat keje. Yelah time ni la dia nak berehat kan.

Okay, sambung citer start keje ni. Memandangkan ari ni 1st day keje. Unread email pun banyak. Invitation for meeting pun banyak nak kena accept. So aku pun still blur. Nantilah aku start blogging balik...

Adios...