Wednesday, November 17, 2010

Keputusan Akhir Tahun 2010

Alhamdulillah, setelah hampir setahun berlalu berhempas pulas belajar cewah!. Anak2 telah berjaya mendapat keputusan cemerlang. Cemerlang sbb semua subjek kakak dan adik score A! Dan paling mama bersyukur ada 3, 4 subjek 100%.
Kakak Balqis Sek keb menurun peratus dan kedudukan nombornya jika dbndgkn masa penggal 1. Penggal lepas kakak no 9 peratus 97% tapi kali ni no 14 peratus 95% keseluruhan no 21 dalam darjah 1.

Sekolah agama juga kakak merosot dari no 1 penggal lepas jadi no 2 kali ini dgn 96%. Kedudukan keseluruhan no 8. Keputusan mmg agak merosot. Nak kena babab ni!

Kakak Balqis dan hadiahnya

Manakala adik syira juga merosot (isk sokmo merosot) dari no 1 turun ke no 3 dgn 97%. Mujur dpt no 3, dapat gak hadiah beg kan dik?


ni gambar masa tadika..dapat tempat ke 3 syabas adik Syira!

Sungguhpun peratus agak merosot, tapi syukur gred mereka masih A dan masih atas 90%. Walau apapun mama dan papa akan sentiasa mendoakan kejayaan setiap anak anak mama dan papa. Dahulu mama tiada peluang hendak meneruskan pelajaran hingga ijazah, tetapi hanya mampu mengambil diploma secara part time kerana ingin memberi laluan buat acik eli.

Kini kehidupan mama jauh berubah dan mama yakin anak2 mama pasti akan lebih berjaya dari mama. Rebutlah peluang belajar ini sebanyak mana, mama dan papa pasti akan memberi sokongan yg tidak berbelah bagi, carilah ilmu setinggi mungkin, dan jadilah anak yg soleh dan umatNya yg bertakwa Amin. Sesungguhnya mama mengignkan segulung ijazah, jika bukan mama, ijazah dari kakak, adik dan putra juga sudah memadai buat mama. Amin amin yarabbal alamin. insyaallah.