Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan Al-Mubarak

Waktu entry ni ditaip, kita baru je berpuasa 3 hari. Alhamdulillah, kakak dan adik syira nampaknya berpuasa dan bersahur. Eh silap, syira dah ponteng semalam. Itupun da kul 5petang, dia call aku kat opis, kata "mama, adik tak nak puasa tau!" bole dia mintak izin, walhal kata papa, dia da minum dulu air sarsi tu sebelum call aku, huhu bertuah sungguh!

Nak dimarah pun tak bole, da tak tahan katanya,,sabar je la. Tapi alhamdulillah nampaknya ari ni, anak-anak dara aku tu berpuasa, mudah-mudahan la ye. Ni pun baru pukul 3.30 ptg, ada 3 jam lebih nak buka.


anak-anak daraku masa umur mereka 3-4 tahun, cute kan dgn rambutnya..


sekarang, lagi cute kan..kan...perasan mama ni..sapa lagi nak puji anak sendiri kan hehe..yg penting, cukup sempurna sifat syukur!

Oops nak kena mula masak ni...eh cop...awat mama nak masak, ari ni kan rabu...ooo tak keje ek...aha...aku MC da...malam tadi check kali ke 3 kat klinik panel, bandaran. Doktor kata aku bronchitis dan memang ada asthma. so, doktor bagi MC sehari. Itupun doctor suh datang malam ni if masih rasa xselesa suh amik nebulizer.


ubat yang kena telan..huhu banyak tul..

em..nampaknya batuk aku berlartutan dah 8 hari ni...moga-moga esok aku sembuh, so bole gi opis amin! Ramadhan kali ni amat mencabar,huhu

Monday, July 18, 2011

Best Drama Juvana nih!


Hari ni episod kemuncak Drama Juvana Tv3, setiap isnin pukul 9 malam. Aku suka gak tengok drama ni, yelah walaupun cerita budak jahat dan nakal, tapi aku rasa banyak moral dan pengajaran dalam drama ni.

Masa aku taip ni pun tengah iklan, lambat betul rasanya tengok tak habis-habis asyik iklan jer... tapi lakonan zahiril memang mantap dan meletop..

Layan!

Friday, July 15, 2011

Kegilaan aku!

"Wah..berapa dah PH akak ada?" baru 9 kak? tambah lagi 1 jadi la 10"..huhu ni dialog member aku time makan kat kantin baru-baru ni..

Sorang lagi member sampuk..."uish..ada patern baru..sherin da tengok dah ke?" fuh...baru 9...ni pun tadi dah ter'bookeed' lagi 3! huhu

PH...aka Pearl Haya...yer itulah 'kegilaan' aku la ni...giler.sbb harga dia..mmg giler..giler mahal wei...

bak kata sepupu aku.."apa? 169 hinggit? duit camni aku bole beli seploh" "ala dah minat...tutup mata jee.." heheh

ok..antara koleksi PH ku ini...


ni faveret aku...pinklicious hehe


yang terbaru..merah cokelet..also i likeeee


yang ni actually bukan PH...tapi made by x-PH Tailor ..mahal gak rega dia...

emm...ini je dpt ku masukkan gambar..yg lain tak de gambar lagi..xdpt carik lagi la...nanti aku update ek

Nuffnang!

Salam!

Hari ni mama just sign up nufnang..emm..nak drive traffic ke blog mama cam no ni ek...emm..mama tau..kena banyakkan citer? ker kena banyakkan gambar?

emmm..rasanya..ramai orang suka tengok gambar kan..kan? artikel kurenggg..betul? hehehe..emm..ok nanti mama nak wat entry pasai hobi baru mama. Sapa tau? angkat kening?

haaa...nanti sat...kena bukak post baru ni... :)

Tuesday, May 24, 2011

Sayu Hatiku ... oh Suamiku Kekasihku!


saat indah bergelar isteri dan kekasih..semoga kau kekasihku awal dan akhir AMIN

Kejadian ni berlaku pada pagi jumaat, 20 Mei 2011, suami aku Mhd Zuraihan bin khatib tetiba rebah selepas selesai solat subuh. Aku sangkakan dia hanya sakit biasa, mungkin keletihan barangkali. Rupanya sangkaanku meleset, beliau benar-benar dalam kesakitan.

Jadi aku terus membawanya ke wad kecemasan hospital kerajaan, HBTAR Klang. Seawal pukul 8 aku bergegas memandu ke sana...hinggalah pukul 12 tengahari...pihak hospital dan doktor disana hanya memberinya suntikan pain killer. Hanya tuhan yang tahu betapa luluhnya hati aku melihat suami tercinta mengerang kesakitan. Ditambah pulak dengan muntah-muntah. Tetapi sakit beliau semakin teruk. Akhirnya hampir pukul 1 barulah doktor bertugas memberitahu, yang suami ku harus dimasukkan ke wad utk pemeriksaan lanjut.

"Ha?? .. masuk wad then? takde bawak scan ke hapa doktor?" pelbagai soalan aku tanya.. Tapi doktor bertugas hanya kata "begini..suami puan harus masuk wad dulu...scan esok..bla..bla..lagipun kat sini takde pakar batu karang..kena gi HKL..bla..bla" aku dengar terus aku cakap "kalau macam ni, takpe la doktor, saya bawak suami saya gi hospital lain"

Doktor tu takutkan aku "hospital mana awak nak bawak? situ ada pakar ke? bla..bla.." "takpe doktor, saya confirmkan ngan insurance dulu" Jadi tepat kul 1.30, aku bawak je suami aku keluar dari Hospital Klang, yelah 4 jam dia menderita..pain killer je dia bagi..at least scan la apa ke...


papa menahan sakit ..huhu tak pernah aku tengok mukanya menahan kesakitan macamtu

Jadi aku terus bergegas drive ke Pantai Klang...alhamdulillah...dalam masa sejam sakit suami aku beransur hilang..esoknya terus wat operation untuk keluarkan batu. Namun doktor tak dapat keluarkan. Sebab besarnya lebih dari 5mm. Jadi doktor masukkan tiub kedalam saluran kencing. Menurut doktor, tiub tu dapat membantu mengembangkan saluran kencing...


ni gambar tiub tu...

bersambung...(nak masak utk berbuka hehe)

Friday, February 25, 2011

wah lamanya tak update

FUh dah bersawang rasanya blog mama ni..ashummm! haa..kan dah bersin...huhuhu

Mama sbnrnya tak tau da nak ngomel apa...idea..mana idea...tarak la...

takpe..nanti bila mama ada banyyaaaak idea...ma update ek!