Monday, March 14, 2016
Results UPSR & PSRA 2016 Kakak Balqis
Alhamdulillah results anakku yang sulung memuaskan. Walau hanya mendapat 4A 1B dan Mumtaz 91% sudah cukup membanggakan mama dan papa.
Mama doakan anak anak mama semuanya cemerlang dunia akhirat...amin
Saturday, November 14, 2015
Hari Graduasi Abang Harris
Wah sekarang tadika pun dah ada hari convocation. Kellass gitu tadika Pasti!.
Dewan yang digunakan pun besar juga sebab menggabungkan 10 buah Tadika Pasti Kota Raja.
Alhamdulillah abang dapat habiskan pengajian dia di Tadika. Periksa kali ni abang dpt no 17 dgn peratus 75%. Walau begitu mama yakin satu hari nanti pasti Abang akan berjaya...insyaallah amin.. Mama doakan kejayaan abang harris dunia akhirat..amin
Senarai pelajar Pasti Al Amanah Sg Kandis
antara Rakan abang si irsyad pun ada
Dengan si Alif anak mat kanna, bff abg juga ni

Sunday, November 8, 2015
lamanya tak menulis
Assalamualaikum
lamanya mama tak menulis di blog kesayangan mama ni. Paling last post pasal mama bersalinkan Aqiel. Wah tu hampir 3 tahun tu. Walhal sebelum ni 8 bulan mama duduk rumah. Boleh je kalau nak update blog tapi memang terlupa sebenarnya mama ada blog ni. Hihi
hari ni 9 November 2015, tetiba teringat nak belek2 blog ni dan tunjuk pada anak2 gambar2 dan memori lama mereka. Si kakak Balqis bole pulak kata. "Mama kelakarnya rambut kakak ni..mcm hapiz awan nano.." walhal cantik per rambut ikal mayang macam tu...susah nak buat tu..dlm perut je jadi . .hihi
alamak bateri da drain..actually mama nak cite pasai Aqiel. Takpe esok lusa mama cite ye..ni ada sikit gambar kenangan kita masa 2015...
Tuesday, June 4, 2013
Assalamualaikum....
Okay da lama tak merapu dalam blog ni...agak2 ada yang baca ke...takpe..disiniaku nak share cara nak dapat duit dengan mudah tapi kena berusaha....insyaallah setiap hasil usaha kita dan bertawakal pasti ada hasilnya kan...gini...ikut step kat bawah ni...mudah....
Disini kita jalankan atau selesaikan tugasan yang diberikan oleh Employer . Tugasnya mudah sahaja , ambil masa 3-4 minit . Contohnya sekarang ni ada job, kene share gambar . Dah Share dan print screen . siap .
1. login Acc ( http://www.assignjobs.com/ )
2. Lihat pada Worker Menu , dan tengok Available Jobs ( job yang ada)
3. Lihat pada Job Description , buat pada yang disuruh . Step by step .
3. Selepas siap , tekan apply , then masuk proof yang dia hendak , cthnya URL Link .
4. selepas selesai , job anda akan berstatus pending , ini employer akan cek , jika ada penipuan . lepas employer approve , earn akan masuk pada balance anda .
haaa...apa lagi...jommm!!
Saturday, February 16, 2013
Lahirnya ke dunia "Aqiel Izz Putra" Alhamdulillah :)
Assalamualaikum...
Eh ada ke yang baca blog ni? haha
Alhamdulillah.. aku selamat melahirkan anak kami yang ke 4 pada 10 Januari 2013 tepat jam 6.54 pagi..pagi khamis yang berkaH di Hospital Bersalin Razif, Taman Sri Andalas, Klang.. Syukur padamu Ya Allah kerana mengurniakan anak-anak yang sempurna sifatnya..
Syukur doa dan hajat aku ingin bersalin normal dan ditemani oleh suamiku tertunai dengan izinNYA. Maklumlah si abang Aisy terpaksa bersalin secara caesarean. Cuak juga aku..takut kena potong juga.
Sebab itulah due date sepatutnya 6hb Januari 2013..aku tak terus jumpa doktor..dan nasib baik kehamilan kali ini tiada masalah darah tinggi dan tiada masalah berat melampau. Jadi doktor suggest tunggu seminggu...kalau tak bersalin..cukup seminggu kena induce. Berkat doa aku, suami dan emak..alhamdulillah...normal.
Sebenarnya aku kalau boleh nak tunggu sakit kontraksi kuat baru gi Hospital. Yelah takut kena potong huhu. Memang ada contraction tapi sumer tu false sign je. Bila malam je..macam ditarik-tarik perut aku ni. Tapi dia hilang...dalam beberapa hari tu...cuak juga...ini ke masanya? siap aku baca yassin untuk memudahkan aku bersalin..tapi tak juga bersalin.
Akhirnya hari rabu 9hb Januari tu..ada keluar lendir berwarna coklat. Tapi taklah banyak mana dan kontraksi pun tiada. Tapi suami aku beria-ia suh aku gi check di Hospital Razif. Tapi aku kata.."nantila bang..belum sakit lagi ni"... Mak aku pun kata.."tunggu sakit la kak"...aku pun ikutkan taknak gi takut kena tahan lama..
Dah tu mak mertua siap call..."ehh pegi jela..da kuar lendir tu tanda la tu"..jadinya aku dengan acuh tak acuh...ye pergi juga. time tu angkut sume anak-anak..siap makan lagi kat restoran mamak sebelah tu...cam melengah-lengah je...haha
so dalam kul 4 lebih tu...pegila check...rupanya bukaan da 2 cm..jadi doktor tak kasi aku baliklah. Nasib baik cik Eli datang temankan mak dan anak-anak aku...bebudak tu memula nak temankan aku tido kat spital. Tapi aku rasa baik diorang kat umah...sebab nanti adik Harris nak ikut mama gi labour camno? haha.
Jadi malam rabu tu...aku sebenarnya tak sakit lagi...sakit sikit-sikit je...sambil ditemani papa suamiku sayang...tapi start kul 12 tu..baru aku rasa bebetul sakit..suh nurse check...rupanya baru 4 cm...oh ye ke...dan makin kuat makin kuat sampai tak bole tido aku dibuatnya.. jadi dalam pukul 4 pagi tu...aku tak tahan..aku call staff nurse..mintak penahan sakit..jadik kena cucukla punggung mama dengan morfin...aduh...baru lega...dapatlah aku tertido...dekat 2 jam juga la aku tertido...
Dalam kul 6 pagi tu aku terbangun tido sebab rasa cam sakittt sangat..kejutkan papa tido..kata cam da time je ni...then papa kata.."papa gi solat subuh dulu ye...apa2hal tunggu papa tau" aku angguk je..da salam dan cium tangan papa...staff nurse datang...check bukaan rupanya da 7 cm.. dia kata.."ok puan jom kita gi labour" aku kata "tunggu jap bole tak suami saya tengah solat".."eh puan tak bole..kang terberanak kat sini"
so..aku tanpa rela..ikut je ditolak dengan wheelchair..
nanti aku sambung la...nak mandikan baby dulu :)

Wednesday, January 18, 2012
kecewa ku disini...
Wah..title...menusuk kalbu...
fuhh...bersawang rasanya blog aku ni weiii...tak sempat la nak update...disebabkan kebz'an melampau...kesian blog aku ni..takpe insyaallah new year resolution ni aku nak update sikit-sikit...
okay, terus ke part 'kecewa' aku ni...camna aku tak kecewa..telah berhempas-pulas aku 'setia' 11 bulan tonggang-terbalik.. jumpa orang tu, jumpa orang ni...meeting sana...meeting sini..brainstorming sana..brainstorming sini...
tu blm lagi, home visit sinun..home visit sini..packing itu, packing ini, minit meeting la, analysis la..macam2 ada org kata...waaaa..dahsyat tau...tapi..ini balasan yang ku dapat?
benarlah ex-bos ku kata.."sherin, if lets say we didn't get paid accordingly, don't work too hard then, we just work like what they pay" fuh..mendalam tu...
sebenarnya, aku bukan kejar sgt benda tu, tapi sbg seorang pekerja, mendapat imbuhan aka bonus merupakan satu kesyukuran. Dalam erti kata lain...'rasa dihargai'. Kalau inilah 'cara' mereka 'menghargai' aku...so..enough is enough!

Wednesday, August 3, 2011
Salam Ramadhan

Salam Ramadhan Al-Mubarak
Waktu entry ni ditaip, kita baru je berpuasa 3 hari. Alhamdulillah, kakak dan adik syira nampaknya berpuasa dan bersahur. Eh silap, syira dah ponteng semalam. Itupun da kul 5petang, dia call aku kat opis, kata "mama, adik tak nak puasa tau!" bole dia mintak izin, walhal kata papa, dia da minum dulu air sarsi tu sebelum call aku, huhu bertuah sungguh!
Nak dimarah pun tak bole, da tak tahan katanya,,sabar je la. Tapi alhamdulillah nampaknya ari ni, anak-anak dara aku tu berpuasa, mudah-mudahan la ye. Ni pun baru pukul 3.30 ptg, ada 3 jam lebih nak buka.

anak-anak daraku masa umur mereka 3-4 tahun, cute kan dgn rambutnya..

sekarang, lagi cute kan..kan...perasan mama ni..sapa lagi nak puji anak sendiri kan hehe..yg penting, cukup sempurna sifat syukur!
Oops nak kena mula masak ni...eh cop...awat mama nak masak, ari ni kan rabu...ooo tak keje ek...aha...aku MC da...malam tadi check kali ke 3 kat klinik panel, bandaran. Doktor kata aku bronchitis dan memang ada asthma. so, doktor bagi MC sehari. Itupun doctor suh datang malam ni if masih rasa xselesa suh amik nebulizer.

ubat yang kena telan..huhu banyak tul..
em..nampaknya batuk aku berlartutan dah 8 hari ni...moga-moga esok aku sembuh, so bole gi opis amin! Ramadhan kali ni amat mencabar,huhu
Monday, July 18, 2011
Best Drama Juvana nih!

Hari ni episod kemuncak Drama Juvana Tv3, setiap isnin pukul 9 malam. Aku suka gak tengok drama ni, yelah walaupun cerita budak jahat dan nakal, tapi aku rasa banyak moral dan pengajaran dalam drama ni.
Masa aku taip ni pun tengah iklan, lambat betul rasanya tengok tak habis-habis asyik iklan jer... tapi lakonan zahiril memang mantap dan meletop..
Layan!
Friday, July 15, 2011
Kegilaan aku!
"Wah..berapa dah PH akak ada?" baru 9 kak? tambah lagi 1 jadi la 10"..huhu ni dialog member aku time makan kat kantin baru-baru ni..
Sorang lagi member sampuk..."uish..ada patern baru..sherin da tengok dah ke?" fuh...baru 9...ni pun tadi dah ter'bookeed' lagi 3! huhu
PH...aka Pearl Haya...yer itulah 'kegilaan' aku la ni...giler.sbb harga dia..mmg giler..giler mahal wei...
bak kata sepupu aku.."apa? 169 hinggit? duit camni aku bole beli seploh" "ala dah minat...tutup mata jee.." heheh
ok..antara koleksi PH ku ini...

ni faveret aku...pinklicious hehe

yang terbaru..merah cokelet..also i likeeee

yang ni actually bukan PH...tapi made by x-PH Tailor ..mahal gak rega dia...
emm...ini je dpt ku masukkan gambar..yg lain tak de gambar lagi..xdpt carik lagi la...nanti aku update ek

Nuffnang!
Salam!
Hari ni mama just sign up nufnang..emm..nak drive traffic ke blog mama cam no ni ek...emm..mama tau..kena banyakkan citer? ker kena banyakkan gambar?
emmm..rasanya..ramai orang suka tengok gambar kan..kan? artikel kurenggg..betul? hehehe..emm..ok nanti mama nak wat entry pasai hobi baru mama. Sapa tau? angkat kening?
haaa...nanti sat...kena bukak post baru ni... :)

Tuesday, May 24, 2011
Sayu Hatiku ... oh Suamiku Kekasihku!

saat indah bergelar isteri dan kekasih..semoga kau kekasihku awal dan akhir AMIN
Kejadian ni berlaku pada pagi jumaat, 20 Mei 2011, suami aku Mhd Zuraihan bin khatib tetiba rebah selepas selesai solat subuh. Aku sangkakan dia hanya sakit biasa, mungkin keletihan barangkali. Rupanya sangkaanku meleset, beliau benar-benar dalam kesakitan.
Jadi aku terus membawanya ke wad kecemasan hospital kerajaan, HBTAR Klang. Seawal pukul 8 aku bergegas memandu ke sana...hinggalah pukul 12 tengahari...pihak hospital dan doktor disana hanya memberinya suntikan pain killer. Hanya tuhan yang tahu betapa luluhnya hati aku melihat suami tercinta mengerang kesakitan. Ditambah pulak dengan muntah-muntah. Tetapi sakit beliau semakin teruk. Akhirnya hampir pukul 1 barulah doktor bertugas memberitahu, yang suami ku harus dimasukkan ke wad utk pemeriksaan lanjut.
"Ha?? .. masuk wad then? takde bawak scan ke hapa doktor?" pelbagai soalan aku tanya.. Tapi doktor bertugas hanya kata "begini..suami puan harus masuk wad dulu...scan esok..bla..bla..lagipun kat sini takde pakar batu karang..kena gi HKL..bla..bla" aku dengar terus aku cakap "kalau macam ni, takpe la doktor, saya bawak suami saya gi hospital lain"
Doktor tu takutkan aku "hospital mana awak nak bawak? situ ada pakar ke? bla..bla.." "takpe doktor, saya confirmkan ngan insurance dulu" Jadi tepat kul 1.30, aku bawak je suami aku keluar dari Hospital Klang, yelah 4 jam dia menderita..pain killer je dia bagi..at least scan la apa ke...

papa menahan sakit ..huhu tak pernah aku tengok mukanya menahan kesakitan macamtu
Jadi aku terus bergegas drive ke Pantai Klang...alhamdulillah...dalam masa sejam sakit suami aku beransur hilang..esoknya terus wat operation untuk keluarkan batu. Namun doktor tak dapat keluarkan. Sebab besarnya lebih dari 5mm. Jadi doktor masukkan tiub kedalam saluran kencing. Menurut doktor, tiub tu dapat membantu mengembangkan saluran kencing...

ni gambar tiub tu...
bersambung...(nak masak utk berbuka hehe)
Friday, February 25, 2011
wah lamanya tak update
FUh dah bersawang rasanya blog mama ni..ashummm! haa..kan dah bersin...huhuhu
Mama sbnrnya tak tau da nak ngomel apa...idea..mana idea...tarak la...
takpe..nanti bila mama ada banyyaaaak idea...ma update ek!
Mama sbnrnya tak tau da nak ngomel apa...idea..mana idea...tarak la...
takpe..nanti bila mama ada banyyaaaak idea...ma update ek!
Wednesday, November 17, 2010
Keputusan Akhir Tahun 2010
Alhamdulillah, setelah hampir setahun berlalu berhempas pulas belajar cewah!. Anak2 telah berjaya mendapat keputusan cemerlang. Cemerlang sbb semua subjek kakak dan adik score A! Dan paling mama bersyukur ada 3, 4 subjek 100%.
Kakak Balqis Sek keb menurun peratus dan kedudukan nombornya jika dbndgkn masa penggal 1. Penggal lepas kakak no 9 peratus 97% tapi kali ni no 14 peratus 95% keseluruhan no 21 dalam darjah 1.
Sekolah agama juga kakak merosot dari no 1 penggal lepas jadi no 2 kali ini dgn 96%. Kedudukan keseluruhan no 8. Keputusan mmg agak merosot. Nak kena babab ni!

Kakak Balqis dan hadiahnya
Manakala adik syira juga merosot (isk sokmo merosot) dari no 1 turun ke no 3 dgn 97%. Mujur dpt no 3, dapat gak hadiah beg kan dik?

ni gambar masa tadika..dapat tempat ke 3 syabas adik Syira!
Sungguhpun peratus agak merosot, tapi syukur gred mereka masih A dan masih atas 90%. Walau apapun mama dan papa akan sentiasa mendoakan kejayaan setiap anak anak mama dan papa. Dahulu mama tiada peluang hendak meneruskan pelajaran hingga ijazah, tetapi hanya mampu mengambil diploma secara part time kerana ingin memberi laluan buat acik eli.
Kini kehidupan mama jauh berubah dan mama yakin anak2 mama pasti akan lebih berjaya dari mama. Rebutlah peluang belajar ini sebanyak mana, mama dan papa pasti akan memberi sokongan yg tidak berbelah bagi, carilah ilmu setinggi mungkin, dan jadilah anak yg soleh dan umatNya yg bertakwa Amin. Sesungguhnya mama mengignkan segulung ijazah, jika bukan mama, ijazah dari kakak, adik dan putra juga sudah memadai buat mama. Amin amin yarabbal alamin. insyaallah.

Sunday, October 24, 2010
Harris da jalan yey!

alhamdulillah anak bujangku da mula berjalan. Semalam 23 october 2010 usianya masuk 11 bln 5 hari, si putra da menapak jauh juga. Tapi masih xberapa kuat bangun jatuh lagi. Ku target umurnya genap setahun baru bebetul jalan kot.
Tapi yg pastinya da bertatih da. Sama cam si kakak, masing2 berjalan seawal 11 bulan. La ni harris ngah kemaruk berjalan. Baru dapat kaki la katakan. Syukur!
Saturday, September 25, 2010
Putera puteriku

Dulu...Balqis dan Syira 3 & 4 tahun

Kini... Balqis dan Syira 7 dan 6 tahun
Gambar Harris terbaru takde pulak..nanti ma update yer sayang...
Pejam celik pejam celik, sudah 9 thn lebih aku berkahwin. Syukur aku mengahwini si dia yang cukup memahami dan menyayangi diriku. Cewah!
Oops, mama jangan lari dari tajuk ma! getus hatiku. Heh heh cam novel da.. Yela minat gak nak jadi penulis tapi ada ke yg nk baca? Ahh tak kisah aa... Janji anak cucu aku esok dpt baca nukilan aku ni dan sikit sbyk mereka 'mengenali' granny they all kan kan.
Eem tatkala warkah ini ditulis kat umah aku ni penuh ngan bebudak. Aha mmg time raya, tapi umah aku ni raya ke idak ada je orang. Walhal sejak mak lps operation tu tinggal aku anak beranak je. Taula peel si syira sukaaa bawak sepupu sepapatnya ke umah. Mau riuh dan bersepah jwbnya. Si kecik harris tu pun join skali.
Bagusnya dpt gak yg tlg jaga harris sementara bolela aku berfesbuk dan berblog ni. Yg xbestnya riuh rendah xde ketenangan aku nak titun ke, mmg xde dlm kamus idup ku kala ni huhu.
Kesimpulannya, pelbagai kerenah dan ragam dalam membesarkan anak2. Nakal, bising tapi baik hati itulah mereka. Nakal dan bising sbb mahukn perhatian dan mmg lumrah bg kanak2. Baik hati dan sensitif sifat mereka. Cthnya Baik hati sbb kalo bole sumer jajan ke mknn, mainan sumer nk share. Macam2 karenah.
Wednesday, September 1, 2010
Copy n paste dari blog yanti...heheheh
soalan & jawapan
1: 1st time naik kapal terbang ??
- tahun 2001, nak gi honeymoon ke langkawi je...
2: 1st time bersalin ??
- 23hb Mei 2003 bersalinkan si Batrisyia Balqis.
3: 1st time gi overseas ??
- over the sea pernah aaa..'penang island' tahun 1989 kot..ikut rombongan darjah enam sksb...
4: 1st time duduk jauh dari family ??
- tak pernah...mak selalu dekat dihati...cewah!
5: 1st time kerja??
- tahun 1995 time tunggu result SPM...keje kat KFC Jusco B Rajah..gaji sejam 2 hinggit je! tapi still ingat gaji 1st beli jam guess hadiah utk diri sendirik dgn bagi mak duit tapi tak ingat bape..siap bagi hadiah utk dia lagi...
6: 1st time rasa diri gemok ??
- lepas 6 bulan kawin...dari 48kg..naik sikit ke 50kg..then naik lagi 53kg...happy...cukup makan pakai..hehehe
7: 1st time bercinta ??
- bercinta? emm...apa maksud tu ek.. cinta pertama ke? main-main cinta ke? cinta monyet? banyak kategori tu... hehehe..tapi if 1st love..semestinya suami ku tersayang...Encik Mhd Zuraihan bin Khatib...mama sayang papa...cinta papa...rindu papa! Yang lain-lain cam si KA, si S, si A ataupun si H..sumer tu sekadar warna-warni kehidupan...tul tak?
8:- 1st time diri cantik ??
- cantik? yang penting cantik perangai ..budi bahasa.. yes..memang cantik...sedari dulu..
9:- 1st time masuk cinema ??
- tahun 1985...ingat lagi..ikut mak n adik tengok citer azura... rasa citer paling best la time tu..
10:- 1st time admitted in hospital ??
- alhamdulillah...tak pernah pulak..bersalin tu exceptional kan?
11: Pilihan hati ??
- Pilihan hati? wah..banyak kategori tu.. if lelaki..of course..en ihan dgn si harris mucuk.. if perempuan..ofkos mak aku..balqis dan syira.. if kete.. ofkos nak bmw tapi tak dpt bmw ..dapat naik pun jadile...hahahahah

Rinduku padanya....

Emm...siapakah dia yang ku rindukan???
Ceritanya gini... one day kat opis en hubby call..lebih kurang gini bunyiknya "yang...papa beli cat ek... kaler apa cantik ye?" then aku jawable..."aik..ari tu kata nak simple je tahun ni..takmo tukar sokmo.." en hubby menambah "ala sian tengok umahnya...takde yang baru..."
yela..aku tahun ni tak tukao langsir... rasa masuk 2 thn kot..hahahah...langsir time adik aku kawin tu le aku pakai lagi..eh 3 thn da... huhuhu... set kerusi jati hadiah mak mertua aku tu pun dah teruk gak kusyennya dah tak empuk...(takpe sok lusa ada duit..ku tuko pesen kerusinya..heheh).. yang baru apa ek... oooo ada orang baru..siapa lagi..Harris le.. :)
if benda...serba-serbi biasa je... jadi en hubby nak la nampak lain... jadinya... agenda kitorg memang tetiap tahun...CAT RUMAH...sapa yg selalu dtg raya musti dok perasan..asal raya..sure kaler umah lain...hheheheh...
memberku kata "org jawa selalu cat umah kan kalao raya..." aku jawab..."ontahla kak..suami saya yg pastinya dia musti nak wat 'keje' kalao time posa" walhal..rumput kat tepi umah tu dah panjang sejengkal dah...huhuhu
pasal persiapan anak-anak pulak... tahun ni...langsung takde baju yg ditempah. KENAPA? entahlah aku pun tak tau nak jawab... walhal biasanya..aku la plg 'batak' sekali beli kain...3,4 bln sebelum raya lagi! tapi thn ni perasaan nak beraya sangat dah tak 'sehangat' dulu... yela...dengan keadaan kesihatan mak aku...kan biasanya if shopping..aku bawak mak...ngan anak-anak... en hubby tinggal....leceh bawak laki shopping... mula la muncung kalau lambat..
tapi kalao bawak mak aku yg sporting tu... dlm satu hari mau 2,3 shopping complex aku terjah... kalao shopping kat sacc mall tak dpt kain... aku ajak mak aku gi jln taiping klang...kalau x dpt lagi..aku ajak gi jln tun abdul rahman tuh!..mak aku apa lagi...dia OKAY je... sempoii tul... tapi kalau bawak en hubby... emmm...plg lama pun aku rasa 5 jam kot dia leh tahan shopping ngan aku... tu pun dahi dah berkerut..ajak balik..huhuhu...
kesimpulannya... uwaaa...aku rindukan saat-saat aku menikmati syurga membeli-belah ngan mak...uwaaaa...semoga mak cepat sembuh...amin....
Saturday, July 10, 2010
Results kakak Balqis
Baru2 ni ada hari report card. Jadi bercutilah aku utk satu hari tu. Memula gi sek agama rendah kg sg kandis. Jumpa ustazah naimah guru kelas 1 Ali anak aku. Alhamdulillah menurutnya si Balqis ni mudah diajar. Even membaca jawi pun lancar xmcm aku darjah 3 baru sek agama. Alhamdulillah menurut beliau lg Balqis mmg xde mslh even dia xmalu brtnya. Tapi satu je probs suka ponteng! Dan Balqis mndpt no 1 dgn 96.7 peratus, syukur! Lepas abis sesi sign tu aku n ihan terus ke sek keb telok menegon pulak. Dgn peratus 97.6 si kakak dpt no 9! Masa trial ari tu no 2. Walau byk nombor tp ku tgk peratusnya bagus. Dan yela kelas no 1 jadi byk saingan. Alhamdulillah
Thursday, May 27, 2010
Syira no 1 in 6 Soleh.
Alhamdulillah... Anakku Insyirah dapat nombor 1 dr 24 pelajar kelasnya utk periksa penggal ni. Aku tak sangka pula yela masa dia 5 thn 1st penggal no2 then turun ke no 3 akhr thn tu. Jadinya ku ingat susah le nk no 1 tu. Jadinya bila dpt report card tu. Wah.. Tak sangka dpt gak no 1 tu. Syukur. Ha balik tu senyum2 kat aku. 'bila kita nk beli beskal, laptop, ma?' aduh..ku pandang en ihan huhu
Thursday, April 22, 2010
Putra ku sayang

Harris baru berusia 2 hari..so darn cute!!!
Harris 3 bulan..di tingkat 4, desa impian rumah adik

Harris kini...semasa raya bulan September
Alhamdulillah...Harris Aisy Putra mama dah masuk 5 bulan lebih... sejak umur Harris 3 lebih... Harris dah start nak meniarap.. cepat tul...bila diagah pun cepat dia tersenyum semasa umurnya 3 bulan tu... sekarang ni dah masuk 5 bulan...lagi panjang akalnya... pandai pulak..pusing 90 darjah...kalau nampak mama...ha..mulalah tangan Harris didepakan... mungkin nak bagi hint kat mama suh dukung kan??
tu belum kalau mama senyum dan pandang matanya... sure Harris pandang dan beri senyuman yang manissss sesangat... rasanya..dialah boy yang paling hensem sekali... suka sangat dengan senyumannya...
orang kata...Harris muka macam mama...ada gak kata muka macam papa...takpe muka sesiapa pun ok...asalkan sihat walafiat...syukur rasanya...
Oh ya, mama ingat wekeend ni nak belikan walker untuk Harris...hhehehe...cepat sanagt pulak kan... takpe..beli je...karang dah masuk 6 bln lebih...tinggal masukkan je la kan... walker kakak ntah mana ntah... ada kat atas loteng tu...tapi musti dah teruk yela..berabuk..papa main bungkus dengan plastik hitam tu... kotaknya mana ntah...for sure dah kena gigit ngan cik T kan...
tapi...memang banyak barang mama beli baru untuk Harris.. sementelaah barang-barang kakak dah lama sangat...dah 6 tahun... lagipun kakak dulu byk pink kaler... jadi tak sesuai la if Harris boy ma bagi kaler pink... yela...ma nak Harris jadi lelaki sejati...takmo macam cite "sutun" tuh yela..bukan salah si anak... salah si emak... adake patut dari kecik dipakaikan pink kaler..layan pun cam anak wedok.. for sure anak tu 'kearah' situ...ye tak...amit tamit la...jauhkanlah dari keturunanku..amin..
eh eh ni citer pasai Harris ke citer sutun..heeheh...
oh ya so far, jaga Harris amat mudah...jika nak dibandingkan jaga kakak² Harris masa diorang kecik. Harris kalau pukul 8 mlm ke atas...sure dah ngantuk... kul 9 confirm dah tidur...then..kul 3 pagi..kadang Harris bangun nak susu...dan kadang kul 6 pagi baru Harris bangun...kiranya.. cuma sekali je mama bangun bancuh susu...mungkin Harris dah kenyang kan... siang mama nor (babysitter) dah suap bubur kan?
Harris pun tak cengeng...pandai main sendiri kalau mama letak atas bouncer FP Harris tu.. suka Harris duduk atas tu...Harris pun dah pandai bunyikkan sendiri mainan tu..tak silap mama masa umur Harris 4 bulan...tangan dah sampai nak capai..kalau ma suapkan Harris pun..mama suka letak Harris dalam tu.. Kakak Balqis dan syira pun suka dok atas bouncer Harris...memang la ma kata..toddler leh duduk lagi..tak silap weight 18kg leh dok...tu yg kakak pun duduk sekali... yela memasing berat baru 18 ngan 16kg...tu yg Harris pun kadang takde can nak duduk kan,..sian Harris kakak ni suka buli kan..
oh ya...satu lagi citer..mama tengok Harris ni pun dicemburui..oleh siapa lagi..kakak syira la... yela..dulu kan dialah paling bongsu... ma n pa pun still panggil dia adik..tu yg dia 'terasa' tu bila Harris dah kuar...kalau ma tgh nak tidurkan Harris sure si Syira masuk nak tengok Harris dah tidur belum..kalau lum tidur mula lah muncung...yela..dia kata "bila turn adik? cepatla ma tidurkan adik pulak"...ha..tu la dia...yela..lama sangat ma nak kuarkan Harris... 6 thn beza tu..
tapi walaupun kakak cemburu...tapi dia sayangg sanagt kat Harris tau!...kan si kakak syira gak...Harris suka kan? Harris kalau nampak kak syira...kemain lagi seronoknya...ma rasa kak syira tu cam ada 'magik' baby mmg suka kat dia...
Kak balqis pulak suka dukung Harris.. kak balqis pun suka cium Harris...ha memang nampak beza la...si kak Balqis nampak sifat sayang pada adiknya...kak Syira pun nampak juga sifat sayangnya..tapi dalam sayang tu ada cemburunya..tapi ma tau..selagi mama tak membezakan anak-anak mama...kasih sayang pun tanpa berbelah bagi..insyaallah..anak-anak mama takkan rasa tersisih kan...
okayla..nanti ma update lagi pasai Harris ye... kang panjang sgt pulak celoteh... jumpa lagi sayang...
Subscribe to:
Posts (Atom)