Wednesday, January 20, 2010

Tadika sikakak dan adik

Entry ni khas buat 2 puteriku...
(no hard feeling ya...this is for your own future my dear...)

Rasanya perlu untuk mama catat di blog mama ni. Tentang ujian periksa akhir tahun puteri-puteri mama ni. Yelah mama nak tengok progress kakak dan adik dari tahun ke tahun.

Si kakak mama tengok memang ada potensi untuk cemerlang. Insyaallah amin. Time tadika 5 tahun sem 1 and akhir tahun dia No 1. Bila Tadika 6 tahun, dia dah dimasukkan ke kelas 1 jadinya dia dapat no 2 sokmo. Sebab memamg ada sorang tu Eva Najiha memang budak tu pandai. Kakak kata dia dah sekolah dari 3 tahun mama. Dia pandai bahasa inggeris ma, kakak tak pandai. Aku cakap "Takpe kak, dah kita orang jowo kak, Nanti ma ajar akak ye".

Selain tu, Mama tengok dari kesungguhan kakak belajar, buat homework sedari tadika 5 tahun memang akak rajin untuk menyudahkan setiap homework. Even mama tengok tulisan kakak pun cantik. Dan mama tengok kakak seorang yang suka siapkan keje umah kat sekolah. Kakak citer ngan mama time tunggu giliran utk iqra' or akak dah abis ngaji akak akan buat keje umah tu. Then bila balik akak dah bole senang lenang. Akak pandai ambik masa. Tapi akak ada citer ngan mama suka cepat² buat kan? mama kata kat kakak "if cepat dan betul ok, tapi if cepat tapi byk silap camna kak?" mama selalu pesan, baca dulu soalan jangan terus buat. cuma kakak ni kurang pengemas sikit. Anak dara kena kemas tau kak! Dan kena rajin. Cam adik, memang ringan tulang, kakak..saja buat budek.

Pada si adik mama tengok tulisan adik pun cantik. Syabas mama ucapkan. Adik pun pandai mengaler macam kakak. berbanding kakak, si adik seorang pengemas sikit. cuma apa mama nak tekankan adik masa umur 6 tahun still merangkak lagi membaca. Macam kakak umur 6 thn dah lancar membaca. sementelaah masa umur 5 thn mama ajar suku kata kakak ikut. Tapi adik mama ajar suku kata, payah sangat nak ikut. even 2 suku kata, pun adik leh lupa, or tak tahu. Bukan mama nak bandingkan adik dan kakak. Cuma penerimaan adik semasa diajar membaca, amatlah payah. Sementelaah kakak mama ajar cepat je tangkap. Bukan adik tak pandai. Adik memang pandai, amin, periksa sem 1 adik no 2 tapi akhir tahun adik no 3. Apa halnya ni dik.

Bagi mama no mmg tak penting. Yang penting pemahaman kita tentang belaja. Mama tengok hampir keseluruhan subjek adik score 100%. Mama tengok adik faham soalan. Tapi apasal bila mama ajar membaca adik takmo? adik suka pandang muka pandang muka mama time baca. bukan muka mama ada perkataan tu dik. Kadang mama geram sangat dengan adik. Mama tengok adik ni kuat main kan. Yelah sepupu dia ramai sebaya dia. Bella, kasih. Main boleh dik, tapi belaja tu penting. Mama tengok adik suka sambil lewa kan bila kat umah. Tapi bila ma tanya cikgu tadika, dia kata adik baik, dengar cakap, bijak. Itulah ma pelik. If ma ajar nape susah sangat? ingat nak main je kan.

Harapan mama pada anak-anak mama, belajarlah bersungguh-sungguh sementelaah inilah waktunya. Itulah kewajipan yang anak-anak mama perlu lakukan demi untuk masa depan kakak dan adik. Tugas mama hanya memastikan yang anak-anak mama mendapat pendidikan yang sempurna. Insyaallah selagi DIA mengizinkan, mama dan papa akan sentiasa menyokong dari belakang demi masa depanmu. Suratan hidup mama, dulu ma tiada ayah, tiada sumber kewangan yang kukuh, ma terpaksa akur untuk tidak masuk ke IPTA, dan belajar secara part time. Ma hanya mampu mendapat segulung diploma, sementelaah papa korang dah gatal ajak kawin (sori pa..heeheh)

Jadinya, peluang belaja ni ma harap anak-anak mama yang akan dapatkan untuk mama. Ma dan pa akan beri peluang seluas-luasnya utk kakak, adik dan bb...dan ma dan pa cuma harapkan yang anak-anak mama tidak akan mensia-siakannya...bolehkan? insyaallah AMIN...

okeylah cukupla mama membebel.

Salam penuh kasih sayang,
mama

No comments:

Post a Comment